Mudahnya belajar mengaji
Kelas Iqra' dan Al-Quran secara online. Belajar dari rumah, ikut masa anda sendiri. Untuk dewasa, kanak-kanak dan satu keluarga.
- 📖 Iqra' & Al-Quran
- ⏰ 10–20 minit satu sesi
- 👨👩👧 Semua peringkat umur
“Dulu makcik malu sangat sebab tak pandai mengaji, tapi lepas join kelas di Al Bayyan, makcik jadi lebih yakin. Sekarang makcik dah boleh mengaji dengan lancar.”Makcik Salmah, pelajar Al Bayyan
Belajar Al-Quran tanpa tekanan
Tak perlu keluar rumah, tak perlu ikut jadual orang lain. Sikit-sikit asalkan konsisten, insyaAllah lancar.
Kelas fleksibel
Pilih masa anda sendiri. Sesi yang pendek dan padat, sesuai untuk yang sibuk bekerja atau anak yang bersekolah.
Semua peringkat umur
Dari kanak-kanak hingga dewasa. Bawa sekali ibu ayah, abang kakak dan anak-anak. Sekeluarga lancarkan bacaan.
Mula dari asas
Tak pandai langsung pun boleh. Kami mula dari Iqra' 1 hingga Al-Quran, ikut tahap bacaan anda sekarang.
Pilih ikut keselesaan masa anda
Setiap pakej ada dua pilihan jadual. Pilih yang paling sesuai dengan rutin harian anda.
Pakej A
Pakej B
Pakej C
Tiga langkah je
Isi borang
Beritahu kami siapa yang nak mengaji, umur dan tahap bacaan sekarang.
Kami hubungi anda
Pasukan kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan masa kelas yang sesuai.
Mula mengaji
Kelas bermula secara online dari rumah. Sikit-sikit, asalkan istiqamah.
Tak pernah terlambat untuk mula
“Dulu makcik malu sangat sebab tak pandai mengaji, tapi lepas join kelas di Al Bayyan, makcik jadi lebih yakin. Sekarang makcik dah boleh mengaji dengan lancar. Terima kasih Al Bayyan!”
“Pakcik dah lama nak belajar mengaji dengan betul. Alhamdulillah dengan Al Bayyan, pakcik dah lancar baca al-Quran. Jom mengaji sekarang, tak kira umur, semua boleh!”
Tips tajwid 1 minit
Setiap minggu kami kongsi ilmu tajwid ringkas di TikTok. Tekan mana-mana untuk tengok penuh.
Jom mula mengaji
Isi maklumat di sebelah. Bila tekan hantar, WhatsApp akan terbuka dengan maklumat anda siap ditulis. Tekan hantar di WhatsApp dan kami akan balas secepat mungkin.
Ada soalan?
Saya langsung tak kenal huruf. Boleh daftar?
Boleh. Kami mula dari asas, iaitu Iqra' 1, dan bergerak ikut kemampuan anda. Ramai pelajar dewasa kami bermula dari kosong.
Kelas ni online ke bersemuka?
Kelas dijalankan secara online, jadi anda boleh belajar dari rumah atau di mana sahaja yang selesa.
Kenapa sesi pendek, 10 hingga 20 minit sahaja?
Sesi pendek yang kerap lebih mudah diingat dan lebih senang untuk istiqamah berbanding kelas panjang yang jarang. Sikit-sikit, asalkan konsisten.
Boleh daftar untuk anak dan ibu bapa sekali?
Boleh. Pilih "Satu keluarga" dalam borang dan beritahu kami berapa orang yang nak mengaji.
Macam mana nak pilih pakej?
Kalau tak pasti, pilih "Belum pasti" dalam borang. Kami akan cadangkan pakej yang sesuai selepas mengenal pasti tahap bacaan anda.





